awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Razali Nawawi kembali ke rahmahtullah

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2023
01:15 MYT
Ustaz Razali Nawawi kembali ke rahmahtullah
Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.
KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Khamis.
Pemergian Allahyarham ke rahmahtullah di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor diumumkan di halaman Facebook rasmi ABIM Pusat.
Allahyarham Ustaz Razali berusia 83 tahun.
Hantaran itu memaklumkan, jenazah Allahyarham Ustaz Razali akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada pukul 10 pagi.
Jenazah Allahyarham juga dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.
Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengiringi Anwar ketika menziarahi Razali yang merupakan rakan karib Perdana Menteri itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Ustaz Razali di kediaman Allahyarham pada hujung minggu lalu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Ustaz Razali di kediaman Allahyarham pada hujung minggu lalu.
Allahyarham Ustaz Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan telah memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.
Allahyarham telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan memajukan organisasi tersebut, yang terus berjuang untuk kepentingan umat Islam di Malaysia.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Dekan Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa dari tahun 1983 hingga 1993.
Topic Berkaitan
#Ustaz Razali Nawawi
#Ustaz Razali Nawawi meninggal dunia
#Presiden ABIM pertama
#Dekan Kulliyyah Undang-Undang UIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan