awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Soberi meninggal dunia ketika beri kuliah Subuh

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2023
10:12 MYT
Ustaz Soberi meninggal dunia ketika beri kuliah Subuh
Berita kematian Mohd Soberi itu dimaklumkan oleh menantunya, Musab Umairi menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
SHAH ALAM : Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Mohd Soberi Awang rebah ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9 sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.
Berita kematian Mohd Soberi itu dimaklumkan oleh menantunya, Mus’ab Umairi menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
“Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada penciptanya. Subuh kami di Cairo dibasahi air mata rindu.
“Alhamdulillah atas nikmat bersama baba walau cuma sekejap, banyak Umai belajar daripada baba. Moga ALLAH tempatkan baba bersama para syuhada dan solehin,” tulisnya.
Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan menyifatkan Mohd Soberi sebagai seorang individu yang mudah untuk didekati dan tidak lokek berkongsi ilmu.
Menurutnya, beliau kerap ke rumah Allahyarham untuk menuntut ilmu dan fiqah harakah serta berdakwah sejak di Jordan sehingga pulang ke Malaysia.
“Pernah duduk bersimpuh menekuni bahan dakwah dan tarbiyah bersama beliau (Mohd Soberi) serta menghirup semangat perjuangan ketika mendapat titipan tarbiyah.
“Beliau merupakan seorang yang faqih dan menguasai fiqah Syafie dengan mendalam, kuat penguasaan Bahasa Arab dan ilmu syair Arab,” tulisnya di laman sosial, Facebook.
Pada masa sama, Mohd Azizee turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Soberi dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ustaz soberi
#MUIS
#meninggal dunia
#kuliah subuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan