ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menjelaskan tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar pada Jumaat.
Menurut Ustaz Wadi, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) berhubung permohonan tauliah tersebut sebelum ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"Semoga dengan kenyataan maklum balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul pada malam tersebut dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ustaz Wadi berkata demikian mengulas laporan akhbar bahawa JAIPs akan memanggilnya kerana didakwa mengajar tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Khamis.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang dekat sini, perlu hadir untuk diambil keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April ini.
Menurutnya, Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar yang menganjurkan program tersebut juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan.
“Dalam hal ini, melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri, pihak berkenaan (Ustaz Wadi Annuar) sudah ditawarkan, dipelawa memohon tauliah kerana kita akan nilaikan dahulu, jadi dia mohonlah dahulu tauliah itu.
“Kita hendak tengok juga siapa yang dia hendak ceramah tetapi dia enggan, malah semasa dua kali perjumpaan bersama JAIPs juga ditegaskan supaya minta tauliah terlebih dahulu," katanya.
Dalam perkembangan sama, menurut Ustaz Wadi, penganjur memaklumkan bahawa program tersebut bukanlah majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat.
Menurutnya, program itu melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan badan bukan kerajaan kelolaannya, keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah dan Madinah serta beberapa kupasan isu semasa.
"Maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian tersebut serta tidak memerlukan tauliah agama negeri," ujar beliau.
Tambahnya, JAIPS telah menghantar surat perintah hadir siasatan agar hadir pada 7 April namun disebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat, maka beliau memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan pada 17 April dan diterima oleh pihak berkenaan.
"Saya juga menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan yang dititahkan oleh Raja Perlis," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023
Menurut Ustaz Wadi, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs berhubung permohonan tauliah tersebut sebelum ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. -Gambar fail/Sinar Harian
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Ustaz Wadi perjelas isu mengajar tanpa tauliah di Perlis
Menurut Ustaz Wadi, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs berhubung permohonan tauliah tersebut sebelum ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.