awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul antilompat parti dibentangkan pada sidang kali ini - Wan Junaidi

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2021
13:22 MYT
Usul antilompat parti dibentangkan pada sidang kali ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi, berkata usul itu sudah dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat, bagi dibentang ke pengetahuan dewan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membentangkan usul antilompat parti yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata usul itu sudah dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat bagi dibentang.
"Usul Pengerang sudah dinaikkan dalam aturan mesyuarat dan kerajaan sudah mengambil kira untuk juga melihat sama ada untuk mengikut usul itu.
"Kita sudah kaji undang-undang dan kes-kes yang sudah berlaku dulu dan kita mengetahui perkara yang kita perlu buat.
"Tetapi makna lompat ini, definasinya belum dibuat. Banyak kesan dia nanti," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian sesi penggulungan usul menjunjung kasih Titah Diraja peringkat Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Sementara itu, ditanya mengenai sama ada kerajaan bersetuju menggubal Akta Anti-Lompat Parti, Wan Junaidi berkata: "Pendirian kerajaan, kita akan wujudkan undang-undang ini. Sama ada ia menjadi satu jenayah akan kita lihat dalam draf undang-undang itu nanti."
Sebelum ini, Azalina mengemuka notis cadangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk dibentang ke Dewan Rakyat.

*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Anti-Lompat Parti
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan