awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan keselamatan semasa di laut - Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
09/04/2024
21:00 MYT
Utamakan keselamatan semasa di laut - Maritim Malaysia
Hamid menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan di laut dan peka dengan amaran hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan pengendali perkhidmatan bot atau feri menyediakan jaket keselamatan kepada penumpang bagi tujuan balik kampung atau melancong ke pulau.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, selain itu mereka perlu memastikan tiada lebihan penumpang daripada kapasiti yang ditetapkan bagi mengelak sebarang insiden di lautan.
"Langkah ini perlu, lebih-lebih lagi seluruh negara bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri dan bercuti panjang dalam fasa peralihan monsun yang bermula pada 29 Mac lepas dan dijangka akan berterusan sehingga Mei nanti," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau turut menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan di laut dan peka dengan amaran hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Berdasarkan rekod 2023, Maritim Malaysia mencatatkan sebanyak 1,535 orang terlibat insiden di laut seluruh negara dengan 1,401 orang daripada berjaya diselamatkan, 90 mangsa (meninggal dunia) dan 44 mangsa (hilang).
Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, jumlah keseluruhan mangsa insiden di laut adalah seramai 118 orang iaitu 107 mangsa berjaya diselamatkan, tujuh kematian direkodkan dan empat mangsa dikhuatiri masih hilang.
Justeru bagi mengurangkan kadar kemalangan di laut, beliau berkata pihak Maritim Malaysia akanmenggiatkan program Pencegahan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dengan membuat rondaan dan pemantauan di jeti sekitar pantai serta di perairan seluruh negara bagi memberi peringatan serta kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di laut.
Program Pencegahan CARILAMAT bertujuan meminimumkan kehilangan nyawa dan merendahkan kadar kemalangan serta mengurangkan perbelanjaan sumber SAR dan risiko kepada komuniti maritim.
Antara program yang biasa dijalankan, termasuk taklimat kesedaran di laut kepada komuniti maritim, bersiaran di konti radio, televisyen dan media massa serta mematuhi peraturan seperti Boat Rules bagi yang membawa penumpang demi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaket keselamatan
#carilamat
#komuniti maritim
#taklimat kesedaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan