Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu plagiat dan integriti akademik di universiti itu khususnya melibatkan staf dan pelajarnya, kata Naib Canselor UTeM, Prof Dr Raha Abdul Rahim.
Beliau berkata sebarang salah laku akademik berkaitan integriti dalam warga universiti akan diambil tindakan mengikut Akta 605 - Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Katanya, ini kerana aspek integriti seharusnya menjadi tunjang utama dalam keperibadian seorang ahli akademik yang merupakan suri teladan kepada pelajar yang diselia.
"Tindakan pantas dan tegas yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini amat bertepatan kerana salah laku akademik ini bukan sahaja memberi reputasi buruk kepada pengurusan akademik tetapi turut menjejaskan kredibiliti universiti itu sendiri.
"Justeru golongan akademik hendaklah sentiasa peka dan sedar akan garis panduan serta peraturan berkaitan etika penyelidikan dan penerbitan agar kesarjanaan ilmu tersebut tidak tercemar," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Raha berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek bahawa tindakan tegas berhubung dakwaan isu plagiat dan integriti akademik akan diambil dengan membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan peguam menteri itu sedang meneliti setiap kes berkaitan untuk dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan mereka yang terlibat dihukum serta-merta.
Mengulas lanjut, Raha berkata UTeM menitikberatkan aspek integriti dan etika dalam kalangan warga akademik melalui pemantauan Bahagian Integriti di bawah pengurusan Pejabat Penasihat Undang-Undang, Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan yang dikeluarkan oleh universiti, Polisi Penyelidikan 2014, Peraturan Akademik Pascasiswazah 2013 serta Garispanduan Penyediaan Tesis, Disertasi dan Projek Sarjana 2013 yang meliputi hal berkaitan penyelidikan, penerbitan, integriti dan plagiat.
Beliau berkata UTeM turut menyediakan saluran aduan rasmi kepada para pelajar dan staf bagi mengemukakan sebarang isu berkaitan kepada pihak pengurusan tertinggi.
"Sistem e-Aduan UTeM terbuka kepada semua warga dan ia boleh diakses melalui laman sesawang universiti dan aduan berkaitan isu itu menjadi keutamaan dalam usaha penambahbaikan berterusan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jul 03 2019
Sebarang salah laku akademik berkaitan integriti dalam warga universiti akan diambil tindakan mengikut Akta 605. - Gambar hiasan
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.
Ed Sheeran sekali lagi naik mahkamah, didakwa plagiat lagu
Ed Sheeran akan dibicarakan berhubung dakwaan memplagiat lagu hitnya, Thinking Out Loud daripada lagu Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.
Tuntutan ke atas pembukaan lagu 'Stairway to Heaven' memihak kepada Led Zeppelin
Penolakan itu menjadikan keputusan oleh mahkamah rayuan Amerika Syarikat pada bulan Mac 2020 yang memihak kepada Led Zeppelin akan kekal.
UTeM tidak kompromi isu plagiat, integriti akademik warganya
Sebarang salah laku akademik berkaitan integriti dalam warga universiti akan diambil tindakan mengikut Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
MPLPU pandang serius amalan plagiat di kalangan ahli akademik
Datuk Prof Dr Sudin Haron berkata sikap memplagiat hasil kerja orang lain merupakan satu kesalahan yang serius dan perlu diberi perhatian.
Taylor Swift disaman kerana didakwa plagiat lirik lagu 'Shake It Off'
Penyanyi Pop terkenal, Taylor Swift disaman selepas didakwa memplagiat lirik lagu popularnya iaitu Shake It Off daripada seorang penyanyi R&B, Jesse Braham.
Bernama siasat dakwaan plagiat Jakarta Globe
Agensi berita Malaysia itu memberi perhatian serius terhadap dakwaan itu kerana Bernama memang melarang perbuatan memplagiat.