KUALA LUMPUR: Penulis Uthaya Sankar SB yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini selepas memuat naik satu hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam akaun Facebook miliknya akan dibebaskan dengan jamin, petang ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Katanya, polis memohon perintah reman selama empat hari namun ditolak.
"Namun demikian siasatan kes ke atas suspek akan diteruskan, kita cuma bebaskan dengan ikat jamin... siasatan tetap berjalan," jelasnya.
Dalam pada itu, Malaysiakini yang memetik peguam Uthaya Sankar, Rajsurian Pillai sebagai memberitahu, Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalid yang mendengar kes itu menolak permohonan reman yang dikemukakan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurutnya, permohonan reman itu didengar di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi tadi, lokasi penulis itu ditahan.
"Polis cuba dapatkan perintah tahanan reman selama empat hari, namun dibantah oleh saya dan majistret hanya bagi sehari dan akan dibebaskan pukul 6 petang ini," kata Rajsurian.
Pada Isnin, polis menahan lelaki berusia 50 tahun itu di rumahnya di Taman Sri Muda di Shah Alam bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di laman Facebooknya.
Suspek itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi dan polis merampas telefon bimbit yang digunakan memuat naik hantaran berkenaan.
Siasatan itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atas alasan agama suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan.
Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Astro Awani
Tue Apr 12 2022

Abd Jalil Hassan berkata, kes Uthaya Sankar SB akan diteruskan meskipun dibebaskan dengan jaminan. - Gambar uthayasankarsb.blogspot.com

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.

Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Uthaya Sankar bebas jaminan polis, siasatan tetap jalan - Pengarah JSJ
Uthaya Sankar SB yang ditahan selepas memuat naik satu hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW akan dibebaskan petang ini.

Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.