awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UTM perkenal Menu Siswa Rahmah berharga RM5

Bernama
Bernama
30/09/2025
09:30 MYT
UTM perkenal Menu Siswa Rahmah berharga RM5
Pelaksanaan inisiatif itu dipermudah menerusi aplikasi UTM Smart iaitu pelajar hanya perlu mengimbas sistem kod QR untuk mengakses menu berkenaan. - Gambar/ UTM
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan inisiatif Menu Siswa Rahmah yang memanfaatkan 9,000 pelajar B40 bermula 6 Okt ini dalam usaha membantu menangani kos sara hidup.

Ringkasan AI
  • UTM memperkenalkan Menu Siswa Rahmah bermula 6 Oktober bagi membantu 9,000 pelajar B40 mendapatkan makanan seimbang pada harga RM5 di 14 kafe kampus.
  • Pelaksanaan dipermudah melalui aplikasi UTM Smart dengan sistem imbasan kod QR, manakala pelajar layak menerima Kad Prihatin Siswa sebagai pengesahan kelayakan.
  • UTM memperuntukkan RM90,000 untuk pembelian beras bagi enam bulan pertama dan merancang kutipan dana tambahan bagi memastikan kesinambungan program.

Naib Canselor UTM Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim berkata sebanyak 14 kafe menawarkan menu seimbang pada harga RM5 sekali gus meringankan beban perbelanjaan dan memberikan manfaat kepada mereka yang berkelayakan.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif itu dipermudah menerusi aplikasi UTM Smart iaitu pelajar hanya perlu mengimbas sistem kod QR untuk mengakses menu berkenaan.
"Oleh itu, kita telah memperuntukkan sebanyak RM90,000 khusus bagi pembelian beras untuk tempoh enam bulan pertama, selain merancang pelbagai inisiatif kutipan dana bagi memastikan kesinambungan program pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shafry berkata pengusaha kafe yang menyokong usaha itu menerima sijil penghargaan daripada universiti manakala pelajar terpilih menerima Kad Prihatin Siswa daripada Naib Canselor sebagai tanda kelayakan untuk membuat pembelian Menu Siswa Rahmah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UTM
#menu siswa rahmah
#B40
#harga murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan