awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UUM terima anugerah berprestij GIFA kali ketiga

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2017
12:58 MYT
UUM terima anugerah berprestij GIFA kali ketiga
Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (kanan) telah hadir menerima anugerah berkenaan. - Foto: UUM
Satu lagi pengiktirafan antarabangsa diterima Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila dipilih sebagai salah satu pemenang anugerah berprestij Global Islamic Finance Award (GIFA) 2017.
UUM dianugerahkan "Best Islamic Finance Education Provider" pada edisi ketujuh GIFA yang diadakan di Astana, ibu kota Kazakhstan. Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan kepada komitmen penyedia pendidikan kewangan Islam dalam menyediakan profesional kewangan Islam yang mahir untuk mengekalkan pertumbuhan industri berkenaan.
Ini merupakan kali ketiga UUM menerima pengiktirafan daripada GIFA dalam kategori berbeza. Dua pengiktirafan yang diterima UUM sebelum ini adalah bagi kategori GIFA Market Leadership (For Education in Islamic Banking & Finance)' pada 2016 di Jakarta, Indonesia dan 'Best Islamic Finance Qualification' melalui progam Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (BIFB) pada 2013 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah hadir menerima anugerah itu pada majlis yang turut dihadiri Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.
Topic Berkaitan
#Astana
#GIFA
#Islam
#kewangan
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan