MALAYSIA catat kadar pemberian vaksin harian dengan 380,440 dos pada Sabtu.

Ia catat sedikit penurunan selepas lima hari berturut-turut catat angka cecah angka lebih 400,000 dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 253,830 dos satu dan 126,610 dos kedua diberikan pada 17 Julai.

Selangor terus catat perkembangan baik apabila merekodkan jumlah pemberian suntikan tertinggi harian dengan lebih 101,000 dos diikuti Kuala Lumpur dengan lebih 64,000 dos.


Dalam pada itu, angka ini menyumbang kepada jumlah kumulatif dos didaftarkan di seluruh negara sebanyak 14.002 juta dos sehingga Sabtu.

Ia membabitkan 4.431 juta atau 13.6 peratus populasi sudah lengkapkan suntikan dua dos suntikan.

Manakala bagi dos pertama, 9.47 juta atau 29.3 peratus populasi sudah disuntik.