KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi harian COVID-19 negara terus mencatatkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan lebih 500,000 dos suntikan untuk empat hari berturut-turut.

Pada Khamis, suntikan harian sebanyak 556,404 dos diberikan, yang tertinggi pernah direkodkan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula hujung Februari lalu.

Menurut data Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemberian dos pertama merekodkan angka 343,530 manakala bagi dos kedua, 212,874.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia menghampiri angka 20 juta iaitu 19.5 juta.

Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang pula merekodkan 238,318 dos diberikan secara keseluruhan, pada Khamis.