awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 462,242 dos harian pada Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2021
02:00 MYT
Vaksin COVID-19: 462,242 dos harian pada Jumaat
Jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara setakat ini mencecah 16.48 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 462,242 dos pada Jumaat (23 Julai).
Menurut hantaran terbaharu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter hari ini, sebanyak 301,536 dos pertama dan 160,706 dos kedua diberikan semalam.
Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin harian adalah pada Khamis dengan 507,050 dos.
Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 23 Julai#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Vf0c1SNhMC
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 24, 2021
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 16.48 juta
Ia membabitkan 11.22 juta bagi satu dos
Manakala 5.26 juta sudah melengkapkan suntikan dua dos vaksin.
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 23 Julai#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/I0XkeycmfS
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 24, 2021
Semalam, jumlah kes jangkitan harian mencatat angka tertinggi dengan 15,573 kes dilaporkan.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 980,491.
Semua negeri mencatatkan pertambahan kes semalam dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 7,672 kes baharu.
Topic Berkaitan
#Twitter
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#bekalan vaksin
#jangkitan
#JKJAV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan