awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 87.2 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
23:15 MYT
Vaksin COVID-19: 87.2 peratus populasi dewasa lengkap dua dos
Sebanyak 72.7 peratus atau 23.73 juta daripada keseluruhan populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 20.41 juta individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.3 peratus atau 22.07 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.51 juta individu atau 62.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, 72.7 peratus atau 23.73 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 92,949 atau 3 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Pada masa sama, terdapat pertambahan 211,517 dos diberikan semalam, membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.14 juta.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan