awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Bomba kerah helikopter ke kawasan pedalaman

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/07/2021
22:46 MYT
Vaksin COVID-19: Bomba kerah helikopter ke kawasan pedalaman
Selain unit udara, bomba turut menyumbang bas bagi dijadikan unit vaksinasi bergerak ke kawasan luar bandar. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan kerahkan unit udaranya bagi Program Vaksinasi Masyarakat Asli di kawasan pedalaman Gua Musang, Kelantan.
Menurut Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, penggunaan helikopter akan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan penempatan Orang Asli di negeri itu.
Selain unit udara, bomba turut menyumbang bas bagi dijadikan unit vaksinasi bergerak ke kawasan luar bandar.
"Jadi bukan setakat bas ini digunakan untuk pengurusan jenazah tetap kita bantu dengan helikopter untuk melancarkan PICK kepada mereka yang memerlukan di Gua Musang," katanya.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, vaksin dos tunggal untuk masyarakat Orang Asli dijangka tiba di Kelantan dalam masa terdekat.
"Kita jangka terima banyak vaksin pada bulan Julai ini dan penggunaan bas ini boleh mempercepatkan lagi pengedaran vaksin di kawasan kampung.
"Pihak bomba juga telah menawarkan sebuah helikopter untuk digunakan bagi melakukan aktiviti vaksinasi di kawasan pedalaman," katanya.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaludin sebelum ini berkata masyarakat Orang Asli bakal menerima suntikan dos tunggal bagi memudahkan urusan logistik.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#JBPM
#bomba
#helikopter
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan