awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: CanSino diagihkan ke Pulau Mabul

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/09/2021
02:07 MYT
Vaksin COVID-19: CanSino diagihkan ke Pulau Mabul
Petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul hari ini, untuk pemberian vaksin dos tunggal CanSino. - Foto Twitter Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Program vaksinasi di Sabah dipergiatkan lagi dengan pengagihan vaksin dos tunggal CanSino ke Pulau Mabul.
Menerusi perkongsian di Twitter pagi ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsikan perkembangan terkini penghantaran vaksin tersebut.
Katanya, petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul hari ini untuk pemberian vaksin CanSino.
Ini jelasnya, adalah bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik.
Katanya, pengagihan vaksin CanSino ke Pulau Mabul itu melibatkan sebanyak 2,000 dos.
Petugas kesihatan diiringi anggota polis bersedia ke Pulau Mabul, Sabah hari ini untuk pemberian vaksin satu dos, CanSino, bagi meningkatkan liputan imunisasi dalam usaha Malaysia melangkah ke fasa endemik. pic.twitter.com/DeoEbXtBPs
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 2, 2021
"Sabah mula terima vaksin CanSino pada 28 Ogos 2021. Penghantaran sebanyak 180,000 dos dilakukan secara berperingkat bermula 28 Ogos hingga 6 September 2021.
"Sehingga hari ini, sebanyak 44,000 dos vaksin CanSino telah diterima.
"Proses pemberian vaksin mula dilakukan pada 29-30 Ogos 2021 di Pulau Sebatik (2,400 dos selesai) dan di bahagian pedalaman Kinabatangan (1,200 dos on-going).
"Pengagihan vaksin CanSino hari ini diteruskan ke Nabawan (500 dos) dan Pulau Mabul (2,000 dos).
"Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul akan dijalankan selama dua hari (1,000 dos hari ini dan 1,000 dos lagi esok)," jelasnya.
BACA: 53,000 dos CanSino tiba di Sabah hari ini
BACA: 3.5 juta dos vaksin CanSino diterima secara berperingkat - Dr Adham
Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, kerajaan telah membeli sebanyak 3.5 juta dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China.
Bekalan dijangka diterima secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga juta adalah dalam bentuk 'fill and finish', sementara 500,000 lagi adalah produk siap guna.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#program vaksinasi
#CanSino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan