KUALA LUMPUR: Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.
Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.
"Ketika kerajaan melaksanakan PKP sebelum ini, kita lihat pada ketika itu ekonomi menguncup lebih 17 peratus, ekonomi domestik dan external kita terjejas kerana pada ketika itu tiadanya vaksin... apa dilaksanakan ketika itu hanyalah dengan mengamalkan penjarakan fizikal, hentikan segala bentuk ekonomi, pergerakan dan sebagainya.
"Tetapi dengan adanya vaksin pada hari ini kalau dari segi ekonomi makanya, kita tidak perlu lagi lockdown (sekatan pergerakan) dan tiada alasan lagi untuk kerajaan melaksanakannya," kata beliau.
Madeline berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Setahun Malaysia Prihatin (Ekonomi, Politik dan Perundangan)' di sini, malam tadi.
Beliau berkata meskipun negara telah mempunyai vaksin, apa yang penting adalah rakyat harus kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga diri bagi membantu mengekang penularan jangkitan COVID-19 secara optimum.
Sementara itu, mengenai keprihatinan kerajaan sepanjang setahun mentadbir negara, Penganalisis Politik dan Perundangan Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata langkah yang dilaksanakan kerajaan selama ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesengsaraan rakyat khususnya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Sebenarnya pada saya secara peribadi, tidak boleh untuk bandingkan kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelum ini kerana dalam sejarah Malaysia, ini kali pertama sebuah kerajaan dibina pada masa sama mendapat cabaran paling hebat dengan isu COVID-19 sekali gus perlu urus tadbir negara dengan baik, kebajikan rakyat, ekonomi dan sebagainya.
"Ini perlukan fokus amat hebat dan perlukan bantuan dan sokongan semua pihak tidak kira pembangkang atau kerajaan, jabatan kerajaan atau swasta...kerajaan ini memang digelar kerajaan prihatin kerana banyak program dan agenda dilaksanakan kerajaan untuk rakyat," katanya.
Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos pada Ahad (21 Feb) lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021

Meskipun negara telah mempunyai vaksin, apa yang penting adalah rakyat harus kekal mengamalkan SOP dan menjaga diri bagi membantu mengekang penularan. - Gambar fail

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes 'melampaui keraguan munasabah'.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).