awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Pemandu lori kargo Malaysia terima sijil imunisasi selepas disuntik di Singapura

Bernama
Bernama
18/03/2021
20:25 MYT
Vaksin COVID-19: Pemandu lori kargo Malaysia terima sijil imunisasi selepas disuntik di Singapura
Pemandu lori kargo Malaysia dan pengiringnya yang telah mendapatkan suntikan kedua-dua dos vaksin COVID-19 di Singapura akan menerima sijil imunisasi. - BERNAMA
SINGAPURA: Pemandu lori kargo Malaysia dan pengiringnya yang telah mendapatkan suntikan kedua-dua dos vaksin COVID-19 di Singapura akan menerima sijil imunisasi, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
Perakuan bahawa mereka telah selesai menjalani proses vaksinasi juga akan dihantar menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
MTI dalam satu kenyataan di sini memaklumkan mereka yang terlibat akan dikecualikan daripada menjalani ujian saringan semasa ketibaan (OAT) selama 14 hari selepas pengambilan dos kedua.
"Bagaimanapun, mereka boleh diminta untuk menjalani ujian di pusat pemeriksaan darat Singapura dari semasa ke semasa," menurut MTI.
MTI menyatakan individu yang belum menerima suntikan vaksin di Singapura masih dibenarkan memasuki negara itu dengan syarat mereka mematuhi langkah-langkah kesihatan sempadan yang ditetapkan seperti OAT.
"Semua pemandu lori kargo dan pengiringnya tanpa mengira status vaksinasi yang masuk ke Singapura masih dikehendaki mematuhi langkah-langkah pengurusan keselamatan sedia ada semasa menjalankan tugas mereka," katanya.
Ini termasuk memastikan pemeriksaan SafeEntry dan suhu dilakukan sebelum memasuki lokasi penghantaran dan memastikan jarak yang selamat sepanjang masa termasuk semasa pemunggahan serta penghantaran kargo, menurut MTI.
Pada 8 Mac lepas, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan mereka akan menawarkan vaksinasi COVID-19 pada bulan ini kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura dari Malaysia.
Vaksinasi itu bertujuan meminimumkan risiko jangkitan daripada pekerja yang terlibat dalam pembekalan barang keperluan ke Singapura, menurut MOH.
MOH menyatakan mereka yang layak divaksin akan dimaklumkan menerusi SMS daripada MTI dan dihubungi selepas itu untuk janji temu bagi menjalani vaksinasi di lokasi yang ditetapkan di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#keselamatan
#Malaysia
#COVID-19
#ujian saringan
#vaksin
#pemandu lori kargo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan