KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan pendaftaran vaksin COVID-19 yang tinggi disebabkan usaha sama digerakkan jentera kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ketua kampung, serta jawatankuasa masjid dan surau.
Bagaimanapun kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah peratusan penduduk negeri itu yang menerima vaksin disifatkan masih rendah.
"Jumlah pendaftaran kalau dilihat, paling tinggi adalah di Selangor. Selangor dapat pendaftaran tinggi itu kerana menggunakan seluruh jentera, ahli majlis, ketua kampung, jawatankuasa masjid dan surau, untuk membantu mendaftarkan.
"Macam yang di Selangor, jumlah yang divaksin itu paling rendah. Jumlah daftar ramai tetapi peratus itu masih rendah," katanya dalam kenyataan video bertajuk Bicara COVID dan Vaksin yang disiarkan melalui laman Facebooknya pada malam Sabtu.
Justeru, kerajaan dicadang melihat semula peratusan pemberian vaksin di negeri-negeri yang paling teruk terjejas.
"Masalah paling besar adalah di Selangor dan di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah.
"Jadi pada pandangan saya patut kita beri tumpuan dan teruskan ke negeri-negeri lain supaya mereka dapat vaksin terutama di kawasan-kawasan yang mungkin dianggap lebih mencabar," ujarnya.
Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 2,729,934 orang atau 56.36 peratus di Selangor sudah mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Daripada jumlah itu, 200,044 sudah divaksinasi atau pada kadar 4.13 peratus.
Dari segi peratusan, antara negeri dan wilayah yang mencatatkan peratusan penerima vaksin yang tinggi ialah Putrajaya;33.05 peratus, Labuan; 18.09 peratus, Kuala Lumpur; 16.01 peratus dan Perlis 12.62 peratus.
Untuk rekod, Malaysia menyasarkan 80 peratus populasi penduduk divaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok.
Astro Awani
Sun May 23 2021
Anwar berkata masalah paling besar adalah di Selangor dan di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah. - Foto fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar
Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh menerusi MITI bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.