awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Penerima dos kedua diminta terus patuhi janji temu

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/08/2021
01:42 MYT
Vaksin COVID-19: Penerima dos kedua diminta terus patuhi janji temu
Individu yang sedang menunggu untuk mendapatkan suntikan kedua vaksin COVID-19 di Lembah Klang diminta untuk terus mematuhi tarikh janji temu yang telah ditetapkan. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Individu yang sedang menunggu untuk mendapatkan suntikan kedua vaksin COVID-19 di Lembah Klang diminta untuk terus mematuhi tarikh janji temu yang telah ditetapkan.
Ini walaupun kaedah pemberian vaksin secara ‘walk in’ akan mula dijalankan bermula Isnin ini khusus untuk penduduk Lembah Klang.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata demikian di laman media sosial Twitter ketika menjawab persoalan daripada seorang pengguna Twitter yang bertanyakan mengenai perkara tersebut, pada Ahad.
For second dose vaccination, please wait for your second dose appointment. https://t.co/Mw29yQywaE
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 1, 2021
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan pada Sabtu menyatakan, pemberian vaksin secara ‘walk in’ akan dilaksanakan bermula 2 Ogos.
Sebanyak 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dikenal pasti melaksanakan perkara tersebut antaranya tiga di PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC) dan Hotel Wyndham, Klang.
Selain itu, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Dalam pada itu, PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dikhaskan untuk pemberian vaksin secara 'walk in' untuk warga asing.
Pada 2 hingga 4 Ogos ini pemberian vaksin adalah khusus untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid.
Selepas tarikh itu iaitu bermula 5 hingga 22 Ogos pemberian vaksin adalah terbuka untuk warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Masa 'walk in' bermula jam 2 petang setiap hari, yang mana tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#Bukit Jalil
#COVID-19
#PPV
#suntikan
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#walk in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan