awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Pengamal perubatan am swasta sudah boleh mendaftar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/03/2021
10:13 MYT
Vaksin COVID-19: Pengamal perubatan am swasta sudah boleh mendaftar
Kementerian Kesihatan (KKM) melantik syarikat yang telah diperbadankan itu sebagai pelaksana penglibatan GP dalam inisiatif tersebut. - Foto ProtectHealth
KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan am swasta (GP) yang berminat untuk terlibat dengan fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) perlu berdaftar dengan ProtectHealth.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melantik syarikat yang telah diperbadankan itu sebagai pelaksana penglibatan GP dalam inisiatif tersebut.
"Seperti diumumkan Datuk Seri Dr Adham Baba, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah bersetuju melibatkan GP bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat.
"Penglibatan GP ini adalah bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 dan Fasa 3," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mana-mana GP yang berminat untuk terlibat sama dalam inisiatif itu sudah boleh membuat pendaftaran bermula hari ini di laman web www.protecthealth.com.my.
ProtectHealth diperbadankan pada 2016 di bawah KKM sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#vaksin
#doktor perubatan swasta
#General Practitioner
#GP
#vaksin di klinik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan