awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Pusat OKU tidak berdaftar diminta daftar individu jagaan mereka - Ras Adiba

Bernama
Bernama
17/05/2021
22:00 MYT
Vaksin COVID-19: Pusat OKU tidak berdaftar diminta daftar individu jagaan mereka - Ras Adiba
Ras Adiba berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada golongan OKU terutama yang menetap di luar bandar atau pedalaman. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mendaftarkan individu di bawah jagaan mereka dalam Fasa Dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata hal itu penting supaya komuniti OKU yang dikategorikan sebagai golongan rentan tidak ketinggalan dalam proses vaksinasi selain dapat mengurangkan risiko menghidapi komplikasi penyakit berjangkit.
"Saya ingin memohon jasa baik Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) untuk turut melibatkan pusat-pusat jagaan OKU yang tidak berdaftar dengan JKM ini sama seperti pusat jagaan warga emas dalam program vaksinasi AstraZeneca fasa seterusnya yang bakal bermula pada 23 Mei ini," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata sehingga Disember 2020, terdapat hampir 52 pusat jagaan OKU di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan JKM.
Ras Adiba juga berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada golongan OKU terutama yang menetap di luar bandar atau pedalaman.
Katanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini menyerahkan senarai nama 19,439 OKU pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk dipertimbang bagi fasa dua program itu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang telah menyediakan laluan khas serta kebolehcapaian yang cukup baik bagi OKU di kebanyakan pusat vaksinasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#COVID-19
#vaksin
#pusat jagaan
#jkm
#Ras Adiba Radzi
#Orang Kurang Upaya
#Fasa dua
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#penyakit berjangkit
#warga emas
#AstraZeneca
#program vaksinasi
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan