NATIONAL
Vaksin influenza: Bekalan klinik swasta kembali normal selepas Tahun Baru Cina

Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi serta kelesuan. - gambar hiasan
Kekurangan bekalan vaksin untuk pencegahan influenza di klinik swasta dijangka hanya akan kembali normal selepas Tahun Baharu Cina.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N. Gana Baskaran berkata, sekarang ini klinik swasta tidak diberikan keutamaan untuk mendapatkan bekalan vaksin berkenaan berbanding dengan hospital swasta.
“Sekarang ada empat syarikat pembekal yang boleh membawa masuk vaksin ke dalam Malaysia.
“Jika tidak cukup di klinik dan hospital swasta, memang kerajaan bertanggungjawab untuk membawa masuk vaksin yang cukup ke negara ini.
“Ini akan diselesaikan dalam masa dua atau tiga minggu, tetapi bukan sekarang,” kata Dr Gana Baskaran ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Katanya lagi, klinik swasta harus diberikan keutamaan kerana mereka merupakan pengamal perubatan yang lebih dekat dengan komuniti.
“Ramai GP yang menghubungi MMA berhubung masalah kekurangan bekalan vaksin ini dan mereka tidak dapat memberikan rawatan sewajarnya kepada pesakit.
“Walaupun merupakan golongan yang dekat dengan komuniti, GP merupakan kumpulan perubatan terakhir yang menerima bekalan vaksin daripada pembekal.
“Memang hospital kerajaan menerima bekalan tersebut terdahulu tetapi klinik swasta tidak boleh diketepikan,” tegasnya.
Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui stok simpanan oleh pembekal swasta vaksin influenza telah habis pada ketika ini.
Dr Noor Hisham menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan peningkatan pola permintaan terhadap vaksin tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami