awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/05/2021
04:40 MYT
Vaksinasi tersusun tingkat sentimen, keyakinan pelabur - Pensyarah ekonomi
Keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan full lockdown adalah tepat namun perlu disokong dengan pelaksanaan vaksinasi yang menyeluruh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Proses vaksinasi yang lancar akan meningkatkan sentimen pelabur dan pengguna, kata pensyarah ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin.
Menurutnya, keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan 'full lockdown' (sekatan penuh) baru-baru ini adalah tepat namun perlu disokong dengan pelaksanaan vaksinasi yang menyeluruh.
"Kerajaan perlu jelas dengan program vaksinasi. Kita tak mahu tengok pergerakan rakyat diperketat dan masuk era full lockdown seperti sebelum ini.
"Sekarang, kita berada di fasa 'revitalise' atau memperkasa ekonomi. Kalau kita balik kepada full lockdown, ia menampakkan seolah-olah apa yang kita buat selama lebih setahun ini sia-sia.
"Kesannya akan nampak pada ekonomi. Sentimen dan keyakinan pelabur dan peniaga akan hilang," katanya ketika muncul dalam program Niaga AWANI hari ini.
Justeru, Irwan berharap kerajaan akan mengikuti jejak langkah negara luar yang menggunakan semua fasiliti yang ada bagi memudahkan proses pemberian vaksin.
"Di Amerika Syarikat, United Kingdom, malah di Indonesia juga, mereka menggunakan semua fasiliti yang ada sebagai pusat vaksinasi, melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.
"Kita perlu ambil contoh ini," katanya, sambil menambah cadangan supaya proses vaksinasi dibuat secara bersasar.
"Sebagai contoh, lihat keutamaan. Siapa yang perlu divaksin dahulu? Seperti pekerja sektor ekonomi contohnya. "Ini akan membantu mengurangkan impak negatif, sekali gus mengelak full lockdown," tambahnya. Pada Rabu, timbul kekecohan apabila laman web www.vaksincovid.gov.my gagal dilayari kerana dipercayai menerima capaian trafik yang tinggi sehingga orang ramai tidak dapat menempah slot vaksin AstraZeneca. Ia sekali gus menimbulkan cadangan daripada pelbagai pihak yang meminta kerajaan memudahkan proses pendaftaran dan vaksinasi bagi membolehkan lebih ramai rakyat menerima vaksin secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#program vaksinasi
#Amerika Syarikat
#AstraZeneca
#ekonomi
#peniaga
#Irwan Shah Zainal Abidin
#pelaburan
#fasiliti
#pusat vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan