awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji

Bernama
Bernama
01/12/2019
12:09 MYT
Vape: Perlu larang atau tidak, KKM masih mengkaji
KKM masih sedang mengkaji sama ada penggunaan 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau 'vape' perlu dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya masih memerlukan lebih banyak data mengenai perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan, dan draf bagi peraturan kawal selia rokok elektronik berkenaan ketika ini masih di peringkat permulaan.
Beliau berkata pada dasarnya penggunaan vape masih berbahaya seperti mana rokok tembakau kerana 90 peratus kandungannya masih melibatkan nikotin,
"Oleh itu kita perlu juga menjaga golongan tidak merokok yang tidak mahu terdedah kepada asap rokok sekunder," katanya kepada Bernama.
Sementara itu merujuk kepada kes seorang remaja lelaki dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan pada 8 Nov lepas bagi menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru disyaki akibat menghisap vape, Dr Lee berkata pihaknya masih menyiasat punca kes itu.
"Kami masih belum mengenal pasti sama ada dia dijangkiti Penyakit Evali ataupun tidak namun siasatan masih dijalankan," katanya.
Penyakit misteri paru-paru itu diberi kod nama EVALI iaitu gabungan e-rokok, vape atau produk berkaitan kecederaan paru-paru telah menyebabkan 47 kematian melibatkan pengguna vape di Amerika Syarikat setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Lee Boon Chye
#EVALI
#Hospital Nukleus Labuan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#larangan vape
#rokok elektronik
#Timbalan Menteri Kesihatan
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan