awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/04/2023
00:30 MYT
Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - NCSM
Murallitharan mengakui, sebahagian rakyat Malaysia bergantung kepada industri vape untuk mencari rezeki. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Vape tidak perlu diharamkan, namun perlu mengikut piawaian pengeluaran dan berdaftar dengan pihak berkuasa.
Itu pendirian Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy yang berpendapat, ini adalah kerana sebahagian rakyat Malaysia bergantung kepada industri vape untuk mencari rezeki.
“Kita menyedari memang ada ramai masyarakat Malaysia yang bergantung kepada industri vape untuk kehidupan seharian mereka.
“Industri vape yang sudah berkembang di negara ini ada banyak pekerjaan yang bergantung kepada rantaian nilai yang berkaitan dengan vape,” katanya ketika diwawancara dalam program Agenda AWANI.
Vape tidak perlu diharamkan, pastikan pengeluaran ikut piawai - Pengarah NCSM
Murallitharan berkata, pihaknya tidak pernah mencadangkan agar vape diharamkan memandangkan cadangan itu tidak praktikal dan tidak munasabah untuk diketengahkan buat masa ini.
“Melalui perbincangan bersama pemain industri vape yang mengambil masa dua tahun, kita mencapai kata sepakat bahawa kita membenarkan vape dijual.
“Tetapi kita mahu vape dijual pada tahap yang boleh dikawal, selamat, kandungannya mengikut piawai, dihasilkan oleh pengeluar berdaftar dan berkualiti,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter berkuat kuasa 1 April.
Notis pewartaan Kerajaan Persekutuan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hari sebelumnya.
Agenda AWANI: Isu cukai cecair vape
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#vape
#nikotin
#cukai vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan