awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Omicron XE belum dikesan di Malaysia - Khairy

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/04/2022
06:30 MYT
Varian Omicron XE belum dikesan di Malaysia - Khairy
Khairy berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengubah strategi sekiranya keseriusan varian baru itu tinggi sehingga pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital. - Foto BERNAMA
IPOH: Mutasi baharu varian Omicron yang dinamakan XE masih belum dikesan di Malaysia.
Bagaimanapun, varian itu dikatakan telah dikesan di negara jiran. 
 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian sedang mengikuti perkembangan varian tersebut yang belum diketahui ciri-cirinya setakat ini. 

"Ada dua benda yang kita tengok dengan varian baru ini, kebolehjangkitan dia dan keseriusan dia, dua perkara.
"Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta sebab tu kes melambung naik tapi keseriusan nya lebih sederhana daripada Delta, sebab tu kita punya Unit Rawatan Rapi pun tak penuh lagi macam dulu.
"Maka untuk varian baharu ini, kita kena tengok daripada negara lain sama ada keboleh jangkitan tinggi ataupun dia punya keseriusan dia tinggi, barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sepatutnya," katanya. 
 
Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Perak di Ipoh pada Selasa. 
 
Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengubah strategi sekiranya keseriusan varian baru itu tinggi sehingga pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital. 
 
Pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19. 
 Menurut laporan Times of India, WHO menerusi laporan terbarunya berkata varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2. 
 Mutasi yang baru dikenal pasti itu diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengesahkannya. 
 Menurut laporan WHO yang diterbitkan awal minggu ini, varian XE ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dan sejak itu, kurang 600 kes susulan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#Omicron XE
#Khairy Jamaluddin
#WHO
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan