KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau dilantik sebagai Senator buat kali pertama pada 2 Sept 2020.
Dalam masa sama, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari ketiga sidang khas Dewan Negara bagi membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada Vell Paari.
Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara untuk meningkatkan kualiti perbahasan dan tidak dipengaruhi oleh apa-apa keadaan politik semasa.
Sidang hari ini berlangsung dengan kementerian berkaitan akan menjawab persoalan yang dibangkitkan 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian membahaskan KSP RMK12 selepas dibentangkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada 20 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

S. Vell Paari dilantik sebagai Senator buat kali pertama pada 2 Sept 2020. -Gambar fail

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Vell Paari dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara
Pelantikan semula berkuat kuasa 2 Sept lepas hingga 1 Sept 2026 itu adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh - Vell Paari
Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima BR1M sebagai tidak bertanggungjawab dan angkuh.

Baitulmaqdis: Henti guna dolar AS dalam urus niaga minyak - MIC
MIC hari ini mencadangkan agar dunia Islam berhenti daripada menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam urus niaga minyak.

Terima kasih PM kerana prihatin bantu selesaikan masalah kami - Pemimpin MIC
Majlis Tertinggi Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) berterima kasih kepada Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prihatin menyelesaikan isu dalaman MIC.