Tekanan untuk mendesak Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meletakkan jawatannya adalah tidak adil.
Ini merupakan pendapat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC S. Vell Paari yang berkata demikian semasa mengulas desakan bekas pemimpin Pemuda MIC CK Chandran supaya Palanivel meletakkan jawatannya kerana prestasi parti yang kurang baik dalam pilihan raya umum ke 13.
“Prestasi parti pada pilihan raya umum tidak mengecewakan.
“Malah, MIC telah menghasilkan prestasi yang lebih baik pada pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum ke 12. Pada tahun 2008, MIC hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi parlimen yang ditandingi, walaupun kerusi keempat dimenangi melalui pilihan raya kecil.
“Pada pilihan raya umum 2013, MIC telah memenangi empat kerusi parlimen,” Vell Paari memberitahu Astro Awani.
Vell Paari menerangkan bahawa KPI MIC juga telah meningkat secara mendadak.
“Pada tahun 2008, MIC berjaya mendapatkan antara 25 hingga 40 peratus undi kaum India kepada Barisan Nasional (BN).
“Pada tahun 2013, MIC telah mendapatkan antara 65 hingga 75 peratus undi kaum India kepada BN.
“Bukan sahaja itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa undi kaum India telah membantu kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13. Jadi, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa parti itu mengalami prestasi hambar dan menggesa Palanivel untuk meletak jawatan, "katanya.
Vell Paari berkata apa yang penting sekarang ialah MIC berusaha untuk mendapatkan banyak lagi manfaat untuk kaum India dengan bantuan Najib.
“Kita perlu hentikan pertelingkahan dalaman dan berusaha ke arah membantu masyarakat India, "kata beliau.
Laporan Chandran menggesa Palanivel untuk berundur telah diterbitkan dalam sebuah suratkhabar Tamil yang telah juga tersebar ke media lain.
Chandran telah berkata sejak Palanivel mengambil alih kepimpinan MIC tiga tahun lepas, tidak banyak yang berubah dan ini digambarkan dalam keputusan pilihan raya ke 13.
Chandran turut berkata Palanivel tidak harus dilantik sebagai Menteri.
T K Letchumy Tamboo
Sat May 11 2013
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.