PETALING JAYA: Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) hari ini menyokong keputusan kerajaan meneruskan projek Kapal Tempur Persisir (LCS) namun menuntut agar Boustead Naval Shipyard (BNS) menyelesaikan baki hutang tertunggak kepada vendor yang terlibat dalam projek itu sebelum ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Pertahanan MASTRA Datuk Ir Wan Othman Wan Ab Rahman, keputusan meneruskan projek tersebut memberi ruang kepada vendor tempatan untuk turut sama memperkasakan pertahanan maritim negara.
Jelasnya. ia bukan sahaja bagi kepentingan keselamatan dan pertahanan negara tetapi juga merupakan langkah positif dalam memastikan kelangsungan industri pertahanan tempatan.
“Sebagai projek berskala besar, LCS adalah amat penting kepada pembangunan mampan industri pertahanan negara yang akan menyaksikan penglibatan kepakaran tenaga kerja anak tempatan dalam menjayakan projek ini.
“Pihak MASTRA amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada industri pertahanan tempatan untuk terlibat sama membangunkan projek LCS,” jelasnya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Keputusan itu juga katanya akan membantu tenaga pakar daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa berjalan.
Bagaimanapun, pada masa sama MASTRA berharap agar tunggakan pembayaran terhadap vendor-vendor tempatan sebelum ini yang tertangguh selama tiga tahun dapat diselesaikan dengan baik.
“Kami percaya pihak kerajaan akan memastikan bahawa hutang tertunggak oleh pihak Boustead Naval Shipyard kepada semua vendor akan dijelaskan pada kadar segera sebelum projek diteruskan.
"Penyelesaian hutang tertunggak ini adalah amat penting agarn pihak vendor dapat meneruskan kerja bagi menyiapkan kesemua kapal LCS. Kapal LCS pertama (MAHARAJALELA) dijangka akan diserahkan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun 2025," katanya lagi.
Selain itu katanya, MASTRA juga menyarankan agar prinsip dan amalan ketelusan serta tadbir urus yang jelas dan sahih dapat dilaksanakan dan dipantau dengan baik selepas ini.
Katanya, ini susulan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang menyatakan bahawa projek LCS akan diteruskan.
BACA: Kerajaan buat keputusan terus projek perolehan LCS - Hishammuddin.
Sementara itu menurut Presiden Protankgroup Ir. Esham Salam yang juga merupakan salah satu vendor, kesan kegagalan pembayaran oleh BNS adalah amat besar kepada mereka sehingga tidak memungkinkan mereka meneruskan projek tersebut jika pembayaran tertunggak tidak dibuat dalam masa terdekat.
“Jumlah hutang kepada vendor dan bank di Malaysia pada masa ini adalah lebih kurang RM1 bilion. Daripada jumlah tersebut, jumlah hutang kepada vendor tempatan adalah lebih kurang RM700 juta. Bilangan vendor yang terlibat adalah lebih 140 syarikat," ujarnya.
Malah katanya, syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek LCS adalah merupakan syarikat yang terbukti memiliki keupayaan dan kualiti yang cemerlang dan telah terlibat dalam industri maritim sejak 90an.
Tegasnya lagi, penglibatan mereka dalam projek Pesisir Luar Pantai (OPV) membolehkan Malaysia hari ini berkeupayaan membina dan menyelenggara kapal selain menghasilkan ekosistem yang mampan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Apr 21 2022

MASTRA hari ini menyokong keputusan kerajaan meneruskan projek LCS namun menuntut agar Boustead Naval Shipyard (BNS) menyelesaikan baki hutang tertunggak kepada vendor yang terlibat dalam projek itu sebelum ini. - Foto Astro AWANI

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Kerajaan Pahang sumbang RM20,000 untuk Janushaa
Kerajaan Pahang menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM20,000 berserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) B. Janusha.

Kejayaan Janushaa buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia - PM
Ismail Sabri berkata, ia juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

Op Benteng Laut: TLDM tahan dua PATI di perairan Johor Selatan
Penahanan yang dibuat pada jam 9.59 malam itu turut menyaksikan dua lelaki yang dipercayai warganegara Indonesia ditahan.

Pencerobohan kapal China, mana APMM dan TLDM? - ADUN Serembu
Beliau sudah membangkitkan isu tersebut berulang kali kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan perkara serius dan melibatkan kedaulatan serta keselamatan negara.

TLDM tahan empat pendatang asing di perairan Johor Selatan
Kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam bersama seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.

Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI
Bot PATI cuba melarikan diri tetapi berjaya digagalkan di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut ke-88
Ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.

Op Benteng: TLDM patahkan cubaan lima bot nelayan asing ceroboh perairan negara
Kejayaan itu hasil tindakan pantas kapal KD Mahawangsa sebaik menerima maklumat yang disalurkan MCC Barat.

Vendor sokong keputusan Kerajaan teruskan LCS, tuntut hutang diselesaikan
Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA) hari ini menyokong keputusan kerajaan meneruskan projek Kapal Tempur Persisir (LCS).