awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran angkatan tentera sokong usaha tangani ancaman kumpulan militan Daish

Bernama
Bernama
08/07/2017
07:55 MYT
Veteran angkatan tentera sokong usaha tangani ancaman kumpulan militan Daish
Pasukan keselamatan Malaysia yang berpengalaman menghadapi ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu berupaya menangani ancaman Daish dengan berkesan. - Gambar hiasan
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen (PVATMTB) menyokong penuh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani pencerobohan kumpulan militan Daish di negara ini.
Presidennya, Ismail Abidin berkata PVATMTB sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan menggunakan pengalaman anggota-anggotanya agar tindakan yang dilaksanakan itu membuahkan hasil.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan pasukan keselamatan menangani pencerobohan kumpulan militan Daish.
Hishamuddin berkata pelbagai usaha dilakukan dalam menghadapi masalah tersebut termasuk mendapatkan kerjasama dan sokongan rakan-rakan dalam negara ASEAN.
Ismail melahirkan keyakinannya pasukan keselamatan Malaysia yang berpengalaman menghadapi ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu berupaya menangani ancaman Daish dengan berkesan.
PVATMTB mempunyai hampir 200,000 anggota di seluruh negara dan ramai daripada mereka berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan taktik menghadapi musuh, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Hishammuddin Hussein
#keselamatan
#pengganas
#Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen
#PVATMTB
#tentera
#veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan