awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran tentera mahu kerajaan segera umum kuota haji untuk anggotanya

Bernama
Bernama
04/02/2019
08:57 MYT
Veteran tentera mahu kerajaan segera umum kuota haji untuk anggotanya
Ramai anggota PVATM mempunyai simpanan mencukupi dan berusia lebih 60 tahun mengharapkan kuota sebanyak 2,000 kepada mereka dikekalkan. - Reuters
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Perlis menggesa kerajaan pusat segera mengumumkan kuota haji untuk mereka supaya anggotanya yang layak dapat membuat persiapan ke Tanah Suci tahun ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Idrus Kassim berkata mereka bukan mengharapkan bantuan wang daripada kerajaan tetapi memadai dengan meneruskan pemberian kuota seperti sebelum ini.
"Ramai anggota PVATM mempunyai simpanan mencukupi dan berusia lebih 60 tahun mengharapkan kuota sebanyak 2,000 kepada mereka dikekalkan," katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.
Menurut Idrus, biasanya pengumuman mengenai peruntukan kuota itu dibuat oleh kerajaan pusat tetapi sehingga kini belum kedengaran apa-apa.
"Oleh kerana Tabung Haji telah memulakan kursus haji untuk bakal haji tahun ini, maka adalah wajar kerajaan tidak berlengah mengumumkannya," kata beliau.
Idrus turut menyambut baik keputusan kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran tentera tahun ini bagi meringankan beban hidup mereka terutama yang bekeluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#idrus kassim
#kuota haji
#tentera
#veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan