awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video AI: Keupayaan Sora dipertonton kepada studio Hollywood

Amanz
Amanz
25/03/2024
04:00 MYT
Video AI: Keupayaan Sora dipertonton kepada studio Hollywood
Pihak OpenAI buat masa ini tidak menyatakan apakah sumber latihan untuk Sora, di samping bilakah Sora akan ditawarkan kepada umum. -Amanz
SORA merupakan penawaran di bawah OpenAI yang membolehkan penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan.
Melalui beberapa hasil yang telah dipertontonkan, ia menunjukkan hasil video yang sangat kemas dan cantik – jauh lebih baik berbanding sejumlah penjana video yang lain.
Pihak OpenAI buat masa ini tidak menyatakan apakah sumber latihan untuk Sora, di samping bilakah Sora akan ditawarkan kepada umum.
Namun, mengikut laporan terbaru, OpenAI dikatakan telah mula mempertontonkan Sora kepada beberapa studio-studio di Hollywood, dengan hasrat mereka menggunakan ciri penjanaan video ini dalam penghasilan filem masing-masing.
Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penerimaan studio-studio berkenaan dalam penggunaan kecerdasan buatan dalam penghasilan filem atau kandungan.
Sebelum ini, sejumlah penulis dan pelakon telah melakukan protes disebabkan penggunaan teknologi dalam penghasilan skrip dan sebagainya – sekali gus membawa impak besar ke industri perfilemen di Amerika Syarikat. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#studio hollywood
#kecerdasan buatan
#Sora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan