awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video kemalangan tular: Wanita ubah lorong secara mengejut kena saman

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
19/02/2023
11:42 MYT
Video kemalangan tular: Wanita ubah lorong secara mengejut kena saman
Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit telah terbabas dan terjatuh di atas jalan raya. - Foto tangkap layar ihsan pembaca
IPOH: Seorang wanita berusia 44 tahun dikenal pasti sebagai pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback yang menyebabkan kemalangan ke atas seorang penunggang motosikal di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata wanita berkenaan telah dikenakan tindakan saman trafik di bawah Peraturan 6(1), Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu memotong dengan cara bahaya.
Katanya pihak polis menerima laporan berkenaan kejadian itu pada Sabtu dan mendapati ia berlaku pada jam 7.35 petang Jumaat di Jalan Kuala Kangsar, dekat sini.
Katanya ketika kejadian, pemandu Proton Wira Aeroback yang dalam perjalanan ke Chemor itu telah mengubah lorong dari lorong tengah ke kiri secara mengejut.
“Pada masa yang sama, mangsa penunggang motosikal iaitu lelaki berumur 30 tahun yang datang dari belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri kereta tersebut.
“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit telah terbabas dan terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya mangsa telah mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sementara pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dengan ini, masyarakat umum adalah dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya lagi.
Sebelum itu tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka berdurasi 27 saat memaparkan sebuah kereta menukar lorong secara tiba-tiba sebelum dilanggar sebuah motosikal yang sedang tidak sempat mengelak.
Akibat daripada itu, penunggang motosikal yang dipercayai penghantar makanan telah terjatuh di atas jalan.
Topic Berkaitan
#tukar lorong mengejut
#wanita disaman
#Jalan Kuala Kangsar
#polis ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan