awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular 'beras tempatan dibungkus semula jadi beras import' adalah tidak benar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/09/2023
03:20 MYT
Video tular 'beras tempatan dibungkus semula jadi beras import' adalah tidak benar
JFC mengesahkan video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.
KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar beras, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (JFC) mengesahkan video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.
Sebaliknya menurut portal Sebenarnya.My yang memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, video berkenaan memaparkan Beras Putih Import (BPI) dan ia telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, pada Sabtu lalu.
"Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya.
"Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan.
"JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaiaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Pada Selasa, sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa kampit beras yang sedang melalui proses pembungkusan semula di sebuah kilang dengan mendakwa ia merupakan beras tempatan yang dibungkuskan semula untuk dijual sebagai beras import.
Video tular 'beras tempatan dibungkus semula jadi beras import' adalah tidak benar

Topic Berkaitan
#video tular
#beras tempatan
#dibungkus semula
#beras import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan