awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular papar pelupusan bangkai anjing di Manjung tidak benar

Bernama
Bernama
10/11/2024
13:52 MYT
Video tular papar pelupusan bangkai anjing di Manjung tidak benar
Polis menerima laporan daripada wakil PBT daerah Manjung pada 10.53 malam semalam mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.
IPOH: Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung pada 10.53 malam semalam mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.
"Siasatan mendapati video berdurasi 16 saat memaparkan rakaman bangkai anjing di dalam sebuah lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.
"Hantaran di komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki maklumat tidak sahih dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pelupusan bangkai
#manjung
#media sosial
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan