KUANTAN: Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang melibatkan timbalan menteri berkenaan, Fuziah Salleh.
Laporan itu dibuat menerusi Pegawai Khas Fuziah Aidil Haryman Mat Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.
Menerusi laporan itu, Aidil Haryman memaklumkan tindakan itu bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang catatan mereka dilihat berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai video lampau, yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa.
"Saya merasakan bahawa perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan spekulasi serta menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang menteri kabinet Malaysia, selain meremehkan usaha beliau sebagai seorang Timbalan Menteri.
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau," katanya.
Aidil Haryman berkata tujuan asal video tersebut dibuat sebelum ini, untuk menunjukkan perbandingan harga Jualan Rahmah Bergerak, dengan harga yang diperolehi dari sebuah pasar raya tempatan di Pulau Langkawi, Kedah dan bukannya barang keperluan satu keluarga untuk sebulan.
Namun, video itu telah disunting oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan oleh individu yang dipercayai dengan niat menghina dan mendatangkan kemarahan rakyat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Semalam, Fuziah dilaporkan berkata video yang melibatkan dirinya itu telah diambil di luar konteks dan ia merupakan rakaman lama yang dibuat beberapa bulan lepas.
Video berkenaan memaparkan beliau membayar beberapa barangan berjumlah RM136.30 dan berpuas hati kerana dapat membelinya pada harga bawah RM200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Laporan itu dibuat menerusi Pegawai Khas Fuziah Aidil Haryman Mat Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.

'Gerak ke Teluk Intan', video momen terakhir anggota FRU sebelum nahas undang sebak
Sebuah video yang dimuat naik salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 merakam suasana dalam kenderaan PDRM itu mengundang rasa sayu netizen.

Bangkai anak gajah telah ditanam, video tular ibu kembali bukan haiwan yang sama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan terus memantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi semalam.

Lelaki pecah pintu bangunan MPTI disenarai hitam sewa premis
Seorang tukang baiki jam yang menyewa premis di Jalan Bandar dan bertindak agresif memecahkan pintu kaca utama bangunan MPTI telah disenarai hitam.

Ibu gajah setia menanti di sisi anak yang dilanggar runtun hati rakyat Malaysia
Kisah seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang mati akibat dilanggar lori di Jalan Raya Gerik-Jeli meruntun hati rakyat Malaysia.

Mohamad Asmawi ditemukan, usaha dapatkan rawatan
Presiden PHT Mohd Fikri Harun bersama beberapa kakitangan pengurusan telah berusaha menjejaki Mohamad Asmawi sejak videonya tular.

Pasangan suami isteri cedera parah, motosikal dirempuh di PLUS
Sepasang suami isteri cedera parah selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, berhampiran Plaza Tol Duta.

Anak gajah jantan mati dilanggar lori kontena di Gerik
Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori keontena di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi tadi.

SPRM nafi pegawai kanan 'tekan' Pamela Ling supaya selesai isu penceraian ketika disiasat
SPRM menafikan dakwaan tular seorang pegawai kanannya 'menekan' Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu penceraian semasa siasatan.

Warga emas cedera SUV rempuh restoran meninggal dunia, 7 masih dirawat
Seorang wanita warga emas yang menjadi mangsa rempuhan kenderaan utiliti sukan (SUV) di sebuah

Pempengaruh didakwa langgar syarat bekas suami, punca cetus pergaduhan - Polis
Hasrat seorang wanita yang juga pempengaruh untuk mengambil semula barangan peribadi di rumah bekas suaminya di Taman Melawati bertukar kecoh.