awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Peragut wanita dah kena cekup polis

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2022
04:04 MYT
Video tular: Peragut wanita dah kena cekup polis
Tangkap layar video tular kejadian ragut di Taman Sentosa. - Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita di Lorong Songkit 3, Taman Sentosa di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa seorang wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis pada jam 12.33 tengah hari, pada hari sama kejadian berlaku.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 9.10 pagi ketika mangsa bersama rakannya berjalan di lokasi sebelum didatangi suspek.
"Suspek seorang lelaki berpakaian jaket berwarna kuning menaiki sebuah motosikal berwarna jingga telah meragut beg tangan pengadu dan terus melarikan diri.
"Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 1.30 petang, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD JBS berjaya menangkap suspek warga tempatan berusia 27 tahun di sebuah rumah dalam kawasan Taman Molek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan oleh suspek serta barang-barang disyaki hasil ragut iaitu empat buah telefon bimbit, beg silang, topi keledar berwarna hitam, baju jaket lengan panjang warna kuning dan sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 berwarna jingga.
Raub berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pecah rumah serta dua rekod jenayah berkaitan samun yang telah disenarai hitam.
"Susulan penangkapan suspek ini, polis berjaya menyelesaikan tiga kes ragut yang berlaku di sekitar kawasan Johor Bahru.
Sebelum itu, video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang menaiki motosikal meragut beg tangan seorang wanita tular di media sosial. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ragut
#samun
#Johor Bahru
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan