awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular tertidur dalam majlis, Timbalan Menteri mohon maaf

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2021
04:29 MYT
Video tular tertidur dalam majlis, Timbalan Menteri mohon maaf
Video tular memaparkan dua individu cuba mengejutkan Eddin Syazlee yang tertidur dalam sebuah majlis. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith memohon maaf kerana tertidur pada satu majlis yang dihadirinya pada Sabtu.
Menurut Pegawai tugas-tugas khasnya, Farahiah Zubir, Eddin Syazlee yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah terlalu keletihan dan kurang sihat.
"Bagaimanapun, bagi memenuhi undangan jemputan beliau menggagahkan diri untuk hadir.
"Alhamdulillah pada majlis ini Datuk telah meluluskan pemasangan pendingin hawa untuk dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah. Beliau turut menyumbang untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Pada Ahad, sebuah video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz Kali Ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di Seremban tular di media sosial.
Keadaan itu menyebabkan dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau namun gagal sebelum pengawal peribadinya mengejutkan lalu bangun dan meneruskan majlis.
Topic Berkaitan
#video tular
#timbalan menteri tertidur
#tidur dalam majlis
#Timbalan Menteri Kerja Raya
#Eddin Syazlee Shith
#Ahli Parlimen Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan