awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular tunggang basikal lajak secara berbahaya video lama - Polis

Bernama
Bernama
15/04/2022
02:50 MYT
Video tular tunggang basikal lajak secara berbahaya video lama - Polis
Sarifudin berkata video berkenaan dipercayai sengaja ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook 'We are Malaysians', semalam, merupakan video lama.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016.
"Hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak dalam video yang ditularkan itu telah berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
"Dipercayai video tersebut telah sengaja ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar serta video lama bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sarifudin turut meminta orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat berkaitan video tular supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau balai polis berhampiran.
Semalam tular sebuah video menerusi media sosial memaparkan aksi sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang dalam keadaan berbahaya dan tindakan mereka mengundang pelbagai reaksi netizen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal lajak
#Sarifudin Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan