awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/01/2021
08:44 MYT
Video tular: Ugut dan tampar pelanggan restoran, 'Datuk' ditahan
Fadzil berkata, kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang di Mutiara Damansara. - Gambar media sosial
PETALING JAYA:Dua individu termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden ugut dan pukul seorang pelanggan di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang di Mutiara Damansara, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan kejadian itu dipercayai berpunca apabila suspek ditegur oleh seorang pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana bercakap dengan nada yang tinggi.
"Pemeriksaan juga mendapati suspek pertama iaitu lelaki bergelar Datuk itu mempunyai rekod lampau membabitkan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana dua tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran kerana disuruh jangan bising
Fadzil menambah, polis akan membuat permohonan reman bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan termasuk mengenal pasti latar belakang suspek selain kemungkinan penglibatan mereka dalam kongsi gelap.
Terdahulu, polis memburu seorang lelaki selepas sebuah rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan lelaki itu memukul seorang pelanggan di sebuah restoran tular sejak kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/503/506 Kanun Keseksaan.
Jenayah | Polis buru 'Datuk' pukul pelanggan restoran
Topic Berkaitan
#jenayah
#siasatan
#video tular
#suspek bergelar Datuk
#ugutan jenayah
#Polis Diraja Malaysia
#Ketua Polis Negara
#Petaling Jaya
#tampar pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan