awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video viral berbalas tembakan bukan berlaku di Selangor - Arjunaidi

Bernama
Bernama
29/06/2021
21:25 MYT
Video viral berbalas tembakan bukan berlaku di Selangor - Arjunaidi
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed menerusi kenyataan di Facebook Polis Selangor memaklumkan bahawa, dakwaan kejadian yang kononnya berlaku di Puchong, Selangor itu adalah tidak benar dan merupakan berita palsu. - Foto fail
SHAH ALAM: Polis Selangor pada Selasa menafikan sebuah video kejadian rompak dan berbalas tembakan, yang dikatakan berlaku di sebuah klinik di Puchong, dekat sini.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed menerusi kenyataan di Facebook Polis Selangor memaklumkan bahawa, dakwaan kejadian yang kononnya berlaku di Puchong, Selangor itu adalah tidak benar dan merupakan berita palsu.
"Hasil semakan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Arjunaidi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri, serta mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperolehi dari sumber yang tidak sahih. Perbuatan ini boleh mencetuskan suasana panik serta boleh menggugat ketenteraman awam," katanya.
Arjunaidi berkata pihaknya telah mengesan satu video klip berdurasi satu minit 44 saat yang tular di media sosial, memaparkan kejadian tembak menembak melibatkan dua individu yang cuba merompak serta menyamun sebuah klinik, kononnya berlaku di Puchong, dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tembakan
#Selangor
#Puchong
#viral
#arjunaidi mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan