awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral limpahan air di Simpang Pulai-Cameron Highlands insiden lama

Bernama
Bernama
26/12/2016
00:15 MYT
Viral limpahan air di Simpang Pulai-Cameron Highlands insiden lama
Video limpahan air selama tujuh saat yang viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi. - Gambar Fail / Twitter
Rakaman limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral semalam adalah insiden lama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika dihubungi Bernama di sini lewat malam tadi berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada tahun 2014.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba mengenai rakaman itu.
"Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam (Ahad)," katanya kepada Bernama.
BACA: Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa di rumah peranginan TNB
BACA: Tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan ke Cameron Highlands
Video limpahan air selama tujuh saat itu menjadi viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi sehingga menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2014
#Cameron Highlands
#insiden lama
#Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
#rakaman limpahan air deras
#Zairil Anuar Zulmuji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan