awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral tikus 'gembira' di dulang lauk, sebuah restoran di Johor Bahru diarah tutup

Bernama
Bernama
07/04/2017
09:48 MYT
Viral tikus 'gembira' di dulang lauk, sebuah restoran di Johor Bahru diarah tutup
Klip video yang viral di media sosial tentang keadaan kebersihan di sebuah restoran di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. - Foto: Facebook.
Sebuah restoran di Jalan Yahya Awal di sini diarahkan tutup selepas didapati berada dalam keadaan kotor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata arahan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 itu dikeluarkan setelah satu pemeriksaan dilaksanakan Pejabat Kesihatan Johor Bahru pada 11 pagi ini.
Maklumat mengenai kejadian pula telah diterima semalam.
Menurut beliau, selain diarah tutup, satu notis di bawah Seksyen 32 akta sama juga diberikan kepada pekerja kerana kegagalan mereka memakai pakaian kebersihan lengkap meliputi penutup kepala dan kasut sewaktu berada di tempat memasak.
"Penutupan itu adalah maksimum 14 hari, tetapi kalau mereka sudah membuat tindakan pembersihan dan pegawai berkuasa berpuas hati, ia boleh dibuka semula sebelum 14 hari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sebuah klip video yang disebarkan dalam sebuah aplikasi laman sosial semalam yang menunjukkan restoran terbabit kotor hingga mengundang kehadiran tikus.
Menurut Ayub, berdasarkan pemeriksaan dijalankan, restoran berkenaan sebelum ini didapati ada menjalankan kerja pembersihan namun disifatkan tidak memuaskan kerana hanya mencapai tahap kebersihan 60 peratus.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ayub Rahmat
#Johor Bahru
#kotor
#restoran
#tikus
#video
#yahya awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan