awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah
IWK perkenal CSR "Sahabat Istimewa IWK" untuk komuniti OKU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VLN: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Zahid belum diputuskan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2024
03:20 MYT
VLN: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Zahid belum diputuskan
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid akan didengar pada 18 Mac depan seperti ditetapkan sebelum ini. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Permohonan representasi yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan dalam kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN) belum diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob ketika kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hadariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S M Komathy.
Abdul Malik turut memaklumkan bahawa rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid akan didengar pada 18 Mac depan seperti ditetapkan sebelum ini.
Pasukan respondan yang mewakili Ahmad Zahid diketuai oleh Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Ahmad Zahid mengemukakan representasi pada Januari tahun lalu agar AGC tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 23 September 2022, Presiden UMNO itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Ahmad Zahid sebelum ini berdepan dengan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN.
Ia membabitkan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta (RM47.08 juta) daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta bagi mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1.15 juta (RM4 juta), RM3.125 juta, 15,000 Swiss Franc (RM79,000) dan AS$15,000 (RM70,200) daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#VLN
#kes rasuah
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan