awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: Rakyat Malaysia diseru pamer hospitaliti terbaik sambut pelancong antarabangsa

Faida Rahim
Faida Rahim
01/01/2026
01:40 MYT
VM2026: Rakyat Malaysia diseru pamer hospitaliti terbaik sambut pelancong antarabangsa
King Sing (tengah) menyampaikan cenderahati kepada pelancong asing yang tiba di Malaysia pada Majlis Sambutan Sempena VM2026 di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA Terminal 1, Sepang, hari ini. --fotoBERNAMA
SEPANG: Orang ramai diseru mempamerkan sikap ramah mesra dan mengamalkan budaya hospitaliti sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), termasuk menitikberatkan aspek kebersihan persekitaran.

Ringkasan AI
  • Masyarakat diseru menunjukkan sikap ramah mesra dan budaya hospitaliti untuk menyambut pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan menekankan kebersihan persekitaran.
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menyeru rakyat Malaysia agar bersedia menerima pelancong dengan keramahan dan senyuman serta mengamalkan layanan mesra.
  • Malaysia melalui kempen VM2026 menyasarkan menarik 43 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2026 dengan program merangkumi seni, budaya, dan acara perayaan tradisi tempatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan bagi menjayakan VM2026 dan rakyat Malaysia perlu bekerjasama menunjukkan contoh terbaik kepada pelancong.
“Tahun ini, kita berharap kedatangan pelancong dari seluruh dunia akan terus meningkat. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti bersedia menerima mereka dengan penuh mesra.
"Semalam, ketika saya melawat, saya menerima beberapa aduan bahawa ada pelancong berasa layanan kurang mesra.
“Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia agar bersama-sama membuktikan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang mesra.
"Kita mesti menyambut kedatangan pelancong dengan keramahan dan senyuman,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) pada Khamis.
Terdahulu, King Sing bersama warga MOTAC termasuk Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan, meraikan ketibaan pelancong di Balai Ketibaan KLIA T1 dengan menyerahkan beg cenderahati.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan penampilan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja.
KLIA T1 menjadi salah satu lokasi utama pelancaran kempen VM2026 hari ini, dengan sambutan serentak di 55 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh negara.
Tourism Malaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan kalendar acara VM2026 menampilkan lebih 300 program sepanjang tahun merangkumi seni, budaya, warisan dan kepelbagaian kaum melalui sambutan dan tradisi perayaan di Malaysia.
Antara acara utama yang diketengahkan ialah VM2026 Chinese New Year Festival, VM2026 Aidilfitri Festival, VM2026 Deepavali Festival, VM2026 Christmas Fest serta keunikan perayaan tradisi tempatan seperti Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) dan Pesta Gawai.
Menerusi kempen VM2026, Malaysia menyasarkan untuk menarik 43 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2026, selari dengan usaha berterusan memperkukuh sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama menyambut kedatangan pelawat dari dalam dan luar negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik demi memperkukuh sektor pelancongan.
Beliau menegaskan bahawa barisan hadapan perlu terus mengekalkan sikap mesra pelancong bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Malaysia.
“Kita berharap semua pihak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelancong supaya lebih ramai orang akan datang ke negara kita.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan usaha pelancongan,” katanya.
Shaharuddin menegaskan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) turut memainkan peranan besar kerana lapangan terbang merupakan tanggapan pertama pelancong terhadap negara ini.
“MOTAC bekerjasama dengan Malaysia Airports untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk kemudahan awam seperti tandas agar berada dalam keadaan terbaik,” katanya.
Kerjasama turut melibatkan polis, pihak keselamatan, pelanggan dan agensi berkaitan bagi memastikan pelancong disambut dengan mesra serta perkhidmatan berkualiti.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah persediaan yang diseru oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menyambut kehadiran pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026? A: Orang ramai diseru untuk mempamerkan sikap ramah mesra, mengamalkan budaya hospitaliti, dan menitikberatkan kebersihan persekitaran.
  • Q: Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya apabila beliau menyatakan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang mesra? A: Negara kita adalah sebuah negara yang mesra apabila rakyat Malaysia menyambut kedatangan pelancong dengan keramahan, senyuman, dan membuktikan contoh terbaik kepada pelancong.
  • Q: Berapakah jumlah pelancong antarabangsa yang Malaysia menyasarkan untuk ditarik pada tahun 2026 melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 2026? A: Malaysia menyasarkan untuk menarik 43 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2026 melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Q: Apakah acara utama yang termasuk dalam kalendar acara Tahun Melawat Malaysia 2026? A: Acara utama dalam kalendar acara Tahun Melawat Malaysia 2026 termasuk VM2026 Chinese New Year Festival, VM2026 Aidilfitri Festival, VM2026 Deepavali Festival, VM2026 Christmas Fest, Pesta Kaamatan, dan Pesta Gawai.
  • Q: Siapakah Ketua Setiausaha MOTAC yang menyeru rakyat Malaysia untuk menyambut kedatangan pelancong dengan memberikan perkhidmatan terbaik? A: Ketua Setiausaha MOTAC yang menyeru rakyat Malaysia adalah Datuk Shaharuddin Abu Sohot, yang menegaskan pentingnya memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelancong.

Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#pelancongan
#Tourism Malaysia
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#VM2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan