awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vokalis Samudera meninggal dunia akibat COVID-19, hasrat rakam single tak kesampaian

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
12/09/2021
10:32 MYT
Vokalis Samudera meninggal dunia akibat COVID-19, hasrat rakam single tak kesampaian
Allahyarham Aimi (dua dari kanan) didapati positif COVID-19 kategori lima sejak 10 hari lalu.
KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48 yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 malam tadi sepatutnya dijadualkan merakamkan single pertamanya bersama kumpulan tersebut hujung bulan ini.
Menurut pemain bass kumpulan itu Suhami Kamaruddin atau lebih dikenali Jedd Black, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif virus itu kira-kira 10 hari lalu.
"Allahyarham orang yang baik dan mempunyai vokal yang berkualiti. Dia disahkan positif dijangkiti COVID-19 tahap lima.
"Kalau nak cerita, dia ada gayanya dan kualiti vokalnya tersendiri . Sepatutnya kita dalam persiapan untuk rakaman single pertama kami bersamanya hujung bulan ini, namun Allah lebih sayangkannya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kem Sungai Besi sekitar jam 6 petang tadi.
Aimi (dua dari kanan) sepatutnya merakamkan single pertama bersama Samudera hujung bulan ini.
Aimi (dua dari kanan) sepatutnya merakamkan single pertama bersama Samudera hujung bulan ini.
Allahyarham Norazmi atau lebih dikenali dengan sapaan Aimi merupakan vokalis Samudera yang menggantikan vokalis asalnya iaitu Allahyarham Ujang, yang meninggal dunia pada tahun Januari 2017.
Aimi mula menyertai kumpulan yang terkenal di era 90-an itu pada 2018.
Kumpulan Samudera di era kegemilanganya terkenal dengan beberapa buah lagu yang menjadi siulan peminat satu ketika dulu, antaranya termasuklah Salam Sejahtera, Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vokalis samudera
#Norazmi Mohd Abdullah
#kumpulan muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan