DREBAR
Volvo ingin perkenalkan teknologi kunci digital untuk kereta

Dengan lebih tepat, kunci fizikal yang kita semua sudah kenal akan digantikan dengan kunci digital yang terkandung di dalam aplikasi telefon pintar. Hubungan aplikasi ini dengan kereta Volvo akan dilakukan menerusi Bluetooth.
Antara kelebihan kunci digital ini adalah untuk membolehkan seseorang yang mempunyai lebih daripada satu Volvo untuk ‘mengawal’ kesemuanya tanpa menggunakan kunci-kunci fizikal berlainan. Jelas sekali ini juga berfaedah untuk keadaan apabila pemilik kereta dapat berkongsi kereta bersama keluarga atau rakan dengan hanya ‘menghantar’ kunci digital ini melalui telefon pintar.
Syarikat sewa kereta juga dapat menerima tempahan daripada pelanggan dan menghantar kunci digital ini terus kepada penyewa. Dengan itu, pelanggan tidak lagi perlu beratur panjang untuk mengambil kunci kereta.
Volvo akan mula menggunakan teknologi ini bermula musim bunga 2016 menerusi firma perkongsian kereta Sunfleet di lapangan terbang Gothenburg, Sweden. Seterusnya sejumlah terhad kereta akan dipasang teknologi kunci digital ini menjelang 2017.
Namun begitu, penggunaan kunci fizikal akan tetap ditawarkan bagi mereka yang masih ingin menggunakannya.


Teknologi ini jelas berpotensi untuk memudahkan kehidupan seharian, tetapi apa pendapat anda jika ia mula digunakan di Malaysia? Adakah ia selamat?
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami