PUTRAJAYA: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Singapura diperluaskan dengan membuka satu lagi laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai persetujuan bersama untuk memperluaskan inisiatif VTL itu.
"Inisiatif VTL ini akan membolehkan pengembara yang telah divaksin sepenuhnya untuk melakukan perjalanan ulang alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di bawah VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan," katanya.
Wee berkata VTL Pulau Pinang-Singapura akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan di Malaysia dan Singapura.
"Penjualan tiket penerbangan udara VTL akan bermula dalam masa terdekat," katanya.
VTL yang pertama bagi laluan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula pada 29 Nov tahun lepas. Ia telah memberi perkhidmatan kepada 82,906 pengembara yang tiba dari Singapura setakat 28 Feb 2022.
Wee berkata inisiatif VTL memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura di samping membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang telah terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.
Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my. Butiran tentang keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
VTL Pulau Pinang-Singapura akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan di Malaysia dan Singapura.- Gambar fail
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pokok tumbang: Wanita Sweden dipercayai penumpang e-hailing cedera
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini pada Selasa dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Sabah fokus kepada amalan penyahkarbon menjelang 2050
Perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi serta cabaran kecerdasan organisasi merupakan topik utama yang dibincangkan di dalam Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ahli koperasi digesa pelbagaikan perniagaan
Pengarah SKM Negeri Sabah, Matias Kundapin menggesa ahli koperasi di negeri itu untuk mempelbagaikan jenis perniagaan supaya kekal relecan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
51 daripada 206 klinik dan fasiliti kesihatan yang dikenalpasti daif oleh KKM di Sarawak terletak di kawasan bandar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak laksana subsidi bersasar guna data sedia ada
Kerajaan Sarawak sedia melaksanakan bantuan subsidi bersasar kerajaan persekutuan menggunakan data sedia ada agensi-agensidi wilayah itu Seperti yang dilakukan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
DUN Sarawak lulus RUU Pelabuhan Sarawak 2024 sebulat suara
Dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak mendapat sokongan penuh melalui 20 perbahasan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Jangan bimbang kita ikut persekutuan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perincian kenaikan gai penmjawat awam di Sabah akan dimaklumkan selepas kerajaan persekutuan menetapkan peratusan kenaikan gaji penjawat awam persekutuan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi kebajikan pekerja, tarik pelabur
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi memastikan kebajikan lebih dua juta tenaga buruh di negeri itu terjaga selain menarik minat pelabur ke negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
AirAsia sambung semula penerbangan ke Singapura 29 November
AirAsia akan menyambung kembali penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 Nov, 2021.
Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara
Hasni berkata, kira-kira 300,000 rakyat negara ini bekerja secara ulang alik ke republik berkenaan setiap hari.