KISAH kematian seorang doktor perubatan di Wuhan, China, Li Wenliang, 34, sungguh menyayat hati dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Beliau yang sebelum ini sudah memberikan amaran tentang kemungkinan wabak virus yang begitu berbahaya pernah dianggap sebagai pengkhianat negara dan penipu. Berita kematian Li kini disambut dengan dukacita yang mendalam sehingga mencecah jutaan siaran dalam media sosial China, Weibo. Li kini dianggap sebagai hero yang meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung.
Li yang bekerja di salah satu pusat kesihatan sejak seawal bulan Desember lalu telah mengesan tujuh kes virus yang mirip SARS. Kes-kes berkenaan dikesan berasal daripada pasar makanan laut dan buah-buahan Huanan di Wuhan dan semua pesakit dikuanrantin di rumah sakit berkenaan. Li berpesan kepada kenalan doktornya akan wabak berkenaan dan memakai pakaian perlindungan khas bagi mencegah jangkitan. Setakat ini, kes kematian di Wuhan masih berterusan dan yang terkena jangkitan juga meningkat. Maklumat terkini menyatakan pihak pemerintah akan menghantar pasukan khas bagi menyiasat semua isu membabitkan orang ramai yang berkaitan dengan Dr. Li Wenliang.
Perkembangan di China itu menyebabkan keresahan dan ketakutan yang begitu mencengkam kehidupan manusia, ianya menjejaskan hierarki sosial dan menimbulkan kekacauan. Walaupun, kebanyakan kerajaan di seluruh dunia mula meningkatkan pemeriksaan dan saringan kesihatan, mereka terpaksa juga memantau pelbagai lambakan maklumat sahih dan palsu mengenai wabak berkenaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengganggap masalah ini sebagai “infodemic.”
Selain menghadapi jangkitan daripada wabak ini, Malaysia berhadapan dengan penularan maklumat salah atau tidak tepat, yang dilihat lebih berbahaya terhadap kestabilan masyarakat majmuk, apalagi ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi dunia. Melalui Internet, hanya dengan satu klik melalui pengkongsian berita palsu sudah dapat menyebabkan keadaan yang huru-hara dan panik.
Dengan merebaknya virus itu ke seluruh dunia, keadaan menjadi lebih parah apabila apa sahaja berita virus disebar dan menjadi tular di semua media sosial. Ini termasuk berita, spekulasi, kenyataan rasmi, hal berkaitan kesedaran kesihatan termasuk berita palsu. Malangnya, sebahagian besar berita yang dikongsikan kebanyakannya adalah tidak benar. Apa yang pasti, berita palsu tersebar lebih pantas daripada virus berkenaan. Menurut akhbar The Guardian pada 14 Mac baru-baru ini menjelaskan maklumat salah dan berita palsu di media sosial semasa berlakunya sesuatu wabak boleh menjejaskan keselamatan semua pihak.
Banyak berita-berita palsu mula disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab walaupun pihak terbabit sedang berusaha menggelakkan penyebaran virus itu. Malahan, ada laporan palsu tular menerusi media sosial kononnya ada individu dijangkiti Covid-19 dilihat berada di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara.
Dalam laporan itu mendakwa tingkat berkenaan terpaksa ditutup selepas mendapati tiga individu dikatakan dijangkiti virus berkenaan dan meminta tidak berkunjung ke tempat umum demi keselamatan. Sekali imbas laporan itu sendiri kabur apabila jumlah individu yang kononnya dijangkiti sering berubah. Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat itu menjelaskan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis berkaitan susulan penularan Covid-19 di negara ini.
Berita Harian pada 9 Februari lalu melaporkan pihak pengurusan pusat itu sudah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menyediakan bahan pencuci tangan di sekitar pintu masuk, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator. Malahan, kakitangan mereka turut meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol pintu selain menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa.
Malah menurut Mantan Menteri Kesihatan, situasi wabak Covid-19 dalam terkawal. Kajian oleh Global Health Security Index menunjukkan Malaysia adalah di tangga ketiga di Asia dalam kesiapsiagaan menghadapi wabak penyakit berjangkit. Maklumat semasa menunjukkan ramai pesakit yang dijangkiti virus itu sudah pulih dan dibenarkan pulang. Malah bagi kes ke-22 yang membabitkan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat berumur 83 tahun telah menunjukkan perkembangan status kesihatan yang sangat baik. Pesakit ini masih lagi dipantau di hospital kerana mengalami batuk.
Kes telah diberikan rawatan antiviral (lopinavir/Ritonavir) dan bantuan oksigen bagi gejala yang dihadapinya. Perlu kita mengimbas semula bahawa negara kita berpengalaman luas dalam mengendalikan wabak seperti SARS dan MERS sebelum ini. Pada tahun 1998-1999, negara kita dilanda wabak Nipah yang mencatatkan kadar kematian yang tinggi iaitu 77.6 peratus. Setiap satu daripada pengalaman negara kita menguatkan lagi kesiapsiagaan kita. Malaysia dipuji oleh wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas tindakannya mengurus dan membendung penularan jangkitan Covid-19. Kementerian Kesihatan telah bertindak pantas dengan mengeluarkan maklumat melalui media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan. Bagaimanapun, perasaan panik mudah menyebabkan orang ramai mudah mempercayai apa sahaja berita yang disebarkan tanpa menyemak kesahihannya.
Lanjutan daripada itu, kerajaan terpaksa bertindak tegas terhadap penyebar berita palsu, penipuan maklumat dan fitnah yang akan menyebabkan kekecohan rentetan penyebaran virus berkenaan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun prinsip kebebasan bersuara masih diamalkan ianya tidak bermakna sesiapa pum boleh berbuat sesuka hati sehingga boleh menyebabkan kekecohan. Beliau menegaskan kebebasan media kekal di negara ini, tetapi tindakan mengganggu orang lain dengan melaga-melagakan satu kaum dengan kaum yang lain tidak boleh diterima dan wajar dikenakan tindakan. Terdapat juga beberapa kenyataan yang tidak bertangungjawab kononnya pelancong bukan Islam tidak dibenarkan melawat masjid kerana akan membawa penyakit Covid-19. Sesawang Sebenarnya.my juga mengesan berita palsu kononnya berlaku lima kematian yang berkaitan dengan Covid-19. Yang pertama melibatkan lelaki berusia 23 tahun dari Tripura, India yang kononnya meninggal dunia di sebuah hospital di Malaysia. Terdapat juga khabar angin kematian berkaitan Covid-19 di Hospital Bentong, Pahang, seorang wanita mati akibat serangan dari virus di kedai serbaneka Shah Alam, seorang banduan mati dalam penjara Sandakan dan pelancong China yang meninggal dunia dalam perjalanan ke KLIA. Daripada lima desas-desus tersebut, hanya kejadian terakhir yang melibatkan pelancong Cina adalah separuh benar. Polis Diraja Malaysia (PDRM)menjelaskan seorang warga China meninggal dunia dalam perjalanan ke KLIA, tetapi ia disebabkan oleh kegagalan jantung dan tiada kaitan dengan virus itu.
Berikutan itu, pihak polis telah membuka beberapa kertas siasatan berhubung penyebaran khabar angin dan berita tidak sahih mengenai penularan coronavirus menerusi media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis telah memanggil semua pemilik akaun Facebook yang terbabit untuk dirakam keterangan dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman. Berulang kali amaran dikeluarkan oleh polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan Covid-19 yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara. Pemantauan kedua-dua pihak itu juga mendapati media sosial dan pesanan ringkas menjadi platform utama bagi penularan berita palsu mengenai penyakit itu.
Menurut kenyataan itu lagi penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan juga boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya. Bagi memastikan kesahihan sesuatu berita itu, semuakan boleh dibuat melalui sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Iaitu sumber rasmi KKM (www.moh.gov.my/) atau badan kesihatan antarabangsa (https://www.who.int/) bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai virus itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah akan meneliti semula undang-undang berita palsu yang dimansuhkan pada Disember tahun lepas. Bercakap pada sidang media pertama bawah kerajaan Perikatan Nasional, beliau berkata kebebasan media akan dikekalkan tetapi “kita tidak boleh berkompromi dengan berita palsu.” Menurutnya, kerajaan akan mempertahankan prinsip mengekalkan kebebasan media tanpa menjejaskan undang-undang berita palsu. Saifuddin berkata satu majlis perundingan terdiri daripada pakar-pakar undang-undang dan dasar akan ditubuhkan.
Berita palsu adalah maklumat yang tidak boleh disahkan, tanpa sebarang sumber dan mungkin tidak benar. Terdapat banyak panduan yang membantu untuk mengesan selain mengenalpasti kesahihan sesuatu berita. Walaupun berita palsu boleh disebarkan dalam pelbagai bentuk ianya boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Ini termasuk maklumat salah maklumat yang disengajakan di mana ada berita palsu yang ditulis bertujuan keuntungan dan dikongsikan di media sosial bagi kumpulan yang disasarkan. Kumpulan yang ditujukan berita berkenaan mudah mempercayainya dan tidak mengmbil masa untuk mengesahkannya.
Kadangkala tajuk utamanya berbeza dengan isi kandungan berita berkenaan. Tajuk berbentuk “clickbait” ini bertujuan untuk memerangkap perhatian pembaca untuk klik pada berita palsu itu. Kehebatan utama media sosial ialah memaparkan jumlah berita yang banyak dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan pengguna tidak sempat untuk menyelidik atau mengesahkan setiap satu berita. Berita berkenaan sering bergantung kepada elemen pengkongsian, “suka” atau “mengikut” yang menyebabkan berita itu menjadi popular, dikongsi secara meluas tetapi tidak semestinya benar.
Berikut adalah perkara yang perlu anda fikirkan apabila menilai sesuatu berita. Pertama, siapakah penciptanya? Siapakah individu yang menciptanya selain memahami latar belakang organisasinya. Apabila menilai berita, terutama di Internet, adalah penting untuk menyemak kepakaran seseorang, lihat URL samada ianya adalah laman peribadi dan semak samada URL laman sesawang berakhir dengan .gov, .edu, .mil dan .org yang lebih dipercayai daripada laman sesawang berakhir dengan .com atau .net. Selain itu, jika berita itu tidak dipaparkan pada sumber berita yang sahih, ianya tidak perlu diambil peduli. Kita perlu amalkan sikap semak sebelum sebar.
*Dr Roslan Ali merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
**Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Roslan Ali
Sat Mar 28 2020
Malaysia berhadapan dengan penularan maklumat salah atau tidak tepat, yang dilihat lebih berbahaya terhadap kestabilan masyarakat majmuk. - Gambar hiasan
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar
Maklumat berita yang bermutu dapat meningkatkan daya pemikiran, integriti dan kebijaksanaan masyarakat dalam membuat keputusan.
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
Annuar zahirkan penghargaan kepada semua petugas media
Pihak media diperlukan untuk memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.
Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa
Agensi Berita Turki itu merancang menyampaikan berita dan gambar menarik atlet terkenal dunia dan 108 pasukan yang akan bertanding dalam 18 acara.
CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN plus akan bekerja seiring dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.
Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.