KUCHING: Dua lagi kawasan baharu wabak rabies diisytiharkan di Sarawak menjadikan keseluruhannya 69 kawasan wabak penyakit itu di negeri ini sejak Julai 2017.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisytiharkan kawasan baharu itu adalah Pedaan di daerah Telang Usan, Miri dan Pekan Tatau, Bintulu.
"Pengisytiharan ini adalah berikutan kes positif ujian makmal ke atas dua anjing liar yang ditangkap semasa survelan aktif di kawasan berkenaan (yang) berada di luar 10 km radius kawasan yang telah diisytiharkan (sebelum ini)," menurut kenyataan itu.
Berikutan pengisytiharan itu, jumlah kawasan wabak rabies mengikut bahagian di Sarawak setakat ini sejak Julai 2017 adalah 22 di Serian, masing-masing tujuh di Kuching dan Miri, Sri Aman dan Mukah (enam), Sarikei dan Bintulu (lima), Samarahan (empat), Betong (tiga), Sibu (dua) dan Kapit dan Limbang (satu).
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun dan diwajibkan melaporkan segera kepada JPVS jika haiwan berkenaan menunjukkan tanda-tanda dijangkiti rabies dengan menghubungi talian 082-628248 /082-610023 atau 016-2557267.
Tanda-tanda penyakit rabies pada haiwan adalah seperti perubahan sikap, agresif, menggigit dan mulut berbuih, sensitif terhadap sentuhan, air, cahaya dan suara, hilang selera makan atau minum, lesu, lumpuh dan akhirnya mati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun. - Gambar hiasan
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan
Jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.
ASF: 27,344 babi dilupuskan di Pulau Pinang sejak awal tahun
Sebanyak 27,344 ekor babi di Pulau Pinang dilupuskan sejak penularan penyakit demam babi Afrika (ASF), iaitu dari awal tahun hingga semalam, dalam usaha membendung penularan penyakit itu.